"Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian..." [Hadis Riwayat Ahmad]

Sunday, September 27, 2009

Hipokrasi Barat dalam Persoalan Holocaust Demi Pertahan Yahudi Laknatullah

Utusan Malaysia 23 Sep 2009

Ahmadinejad bangga nafikan Holocaust

TEHERAN 22 Sept. - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, beliau bangga mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan kenyataan terbarunya menafikan Holocaust pernah berlaku ke atas kaum Yahudi di Eropah.

Kenyataan itu dibuat menjelang kehadirannya ke perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini dan menunjukkan keingkarannya setiap masa, walaupun Iran menerima tekanan kuat untuk mengurangkan program nuklearnya.

Ahmadinejad dijadual berucap pada Perhimpunan Agung PBB esok. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh mahu menunjukkan bahawa beliau tidak lemah walaupun tercetusnya keadaan huru-hara selama tiga bulan di Iran ekoran bantahan kemenangannya dalam pilihan raya presiden Jun. Presiden Iran itu mempunyai alasan untuk menggambarkan kerajaan pimpinannya adalah kuat.

Pada 1 Oktober ini, negara republik Islam itu akan memasuki rundingan utama dengan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara kuasa dunia lain untuk berusaha mendapatkan kebenaran program nuklearnya.

AS dan sekutunya mengesyaki Iran membangunkan senjata nuklear dan memberi amaran bahawa Teheran sudahpun cukup mengayakan uranium untuk membina bom.Iran bagaimanapun menafikannya dan berkata ia hanyalah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik.
Ini adalah kali kelima beliau menghadiri Perhimpunan Agung tahunan PBB sejak menjadi Presiden pada 2005. Sebelum ini, kesempatan ini digunakan untuk menentang dominasi AS dan Israel.

Dalam ucapannya pada Jumaat lalu, beliau telah mempersoalkan sama ada Holocaust 'benar-benar berlaku' dan menyifatkannya sebagai satu alasan yang digunakan oleh Yahudi untuk memerangkap Barat menubuhkan Israel.

Katanya, negara Yahudi ditubuhkan melalui 'penipuan dan suatu tuntutan mitos'.
Semalam, beliau sekali lagi mencetuskan kemarahan dunia menjelang perhimpunan PBB ini ketika menjawab persoalan berhubung kritikan meluas terhadap komennya itu.
"Kemarahan pembunuh profesional dunia adalah kebanggaan bagi kami," katanya yang dipetik oleh agensi berita IRNA. - AP


UPEN: Holocaust atau Hollow-Cause?

Beberapa tahun dahulu bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan telah berkata, “Mengingati peristiwa tersebut adalah penting untuk menolak dakyah orang-orang tertentu yang mengatakan bahawa ianya tidak pernah berlaku dan mengatakan angka 6 juta itu sengaja diperbesarkan. Kita mesti menolak fahaman palsu tersebut, tidak kira ianya datang dari siapa dan dari mana”.

Kenapakah peristiwa Holocaust sangat penting dikatakan selama ini? Peistiwa ini menjadi titik hitam sejarah kaum Yahudi sebab dikatakan seramai 6 juta orang Yahudi terbunuh oleh tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seramai 191 negara telah sebulat suara memiliah 27 Januari sebagai meingati peristiwa ini, sebab pada hari ini pusat tahanan Auschwitz yang dikatakan berlakunya pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi, telah jatuh ke tangan tentera Bersekutu.

A). Persoalan mengenai Holocaust

Di antara yang lantang mempersoalkan kebenaran peristiwa Holocaust tersebut adalah Presiden Iran iaitu Mahmoud Ahmadinejad. Presiden Ahmadinejad bukan sahaja mempersoalkan peristiwa tersebut, tetapi telah menawarkan bantuan kepakaran Iran untuk membuat siasatan terhadap peristiwa Holocaust itu. Tetapi Menteri Luar Poland iaitu Stefan Meller menolak mentah-mentah tawaran Iran tersebut yang menghalang sebarang penyiasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Poland yang dilakukan oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua [http://www.aljazeerah.net, pada 18 February 2006]. Memang menakjubkan bahawa seluruh benua Eropah yang mempunyai ramai ahli sains dan ahli sejarah jika dibandingkan dengan Iran, tidak pernah mengambil langkah serius dalam menyiasat kebenaran peristiwa Holocaust tersebut.

Adalah dijangkakan bahawa seramai 1.1 juta kaum Yahudi mati dibunuh dengan menggunakan gas beracun di Auschwitz- Birkenau, suatu pusat tahanan di Poland yang dikuasai oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Duta Iran di Portugal yang pernah menjadi pegawai diplomat Iran di Poland memberikan wawancara di radio Portugal mengatakan bahawa beliau pernah melawat pusat tahanan tersebut di Poland, yang sekarang telah menjadi sebuah muzium. Berdasarkan kepada pengiraannya, tentera Nazi Jerman memerlukan masa 15 tahun untuk membakar setiap mayat yang berjumlah 6 juta itu, andaikata seramai 6 juta kaum Yahudi terkorban di pusat tahanan Auschwitz [http://www.aljazeerah.net, pada 18 February 2006].

Di dalam suatu pungutan suara yang dikendalikan oleh akhbar British, Guardian, seramai 15% responden mengatakan bahawa angka kematian 6 juta kaum Yahudi telah sengaja diperbesar-besarkan [http://www.aljazeerah.net, pada 23 Januari 2004].

Sekiranya benua Eropah secara serius hendak penduduk dunia mempercayai angka kematian 6 juta kaum Yahudi tersebut, mereka sepatutnya membuat siasatan rapi lama sebelum negara Yahudi Israel didirikan pada tahun 1948. Juga dimanakkah terdapatnya pengakuan rasmi daripada anggota-anggota tentera Nazi Jerman semasa diperbicarakan di Nuremberg bahawa mereka telah membunuh seramai 6 juta manusia yang kesemuanya adalah kaum Yahudi? Adakah Eropah boleh memberikan senarai kesemua nama-nama 6 juta orang yang terbunuh dengan nama-nama klasik Yahudi (contohnya seperti Goldstein, Rubenstein, Moshe, Rosenberg, Yitshak, Fleishman dan lain-lain lagi) pada mangsa-mangsa tersebut, untuk tatapan seluruh dunia?

B). Apakah peristiwa Holocaust sangat mustahak untuk diingati?

Perlu diingat semasa Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai 50 juta orang terkorban di Eropah sahaja. Ini bermakna seramai 44 juta orang adalah bukan kaum Yahudi. Dianggarkan seramai 20 juta penduduk Rusia telah terkorban mempertahankan negara mereka daripada penguasaan Nazi Jerman. Ukraine dianggarkan telah kehilangan seramai 7 juta penduduknya semasa melawan Nazi Jerman. Kenapakah Eropah sangat ingin memberikan penghormatan kepada segolongan penduduk yang agama mereka berasal dari Timur Tengah (agama Yahudi), sedangkan lebih ramai lagi penduduk mereka terkorban? Juga kaum Yahudi di Eropah tidak mempunyai kekuatan senjata dan tentera yang dapat mengalahkan Nazi Jerman, tetapi sebaliknya kekuatan Nazi Jerman telah dikalahkan oleh tentera Bersekutu daripada negara Eropah dan juga tentera Amerika Syarikat yang bukan merupakan kaum Yahudi. Jadi kenapa memperingati peristiwa Holocaust adalah merupakan suatu kewajiban yang tidak boleh dipersoalkan lagi dan penolakannya adalah suatu kesalahan berat di Eropah?

Sekiranya Eropah berpendapat bahawa peristiwa memperingati Holocaust adalah sangat mustahak dan mahu seluruh dunia mempercayai bahawa sejumlah 6 juta kaum Yahudi terkorban, maka peristiwa-peristiwa yang lain juga yang tidak kurang pentingnya mesti mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada seluruh dunia, ini termasuklah:

a). Berjuta-juta kaum Red Indian (kaum peribumi Amerika Utara) yang kehilangan nyawa mereka dan tanah mereka kepada imperialism bangsa Eropah yang bermula sejak kurun ke 15 semasa Christopher Columbus mendarat di benua Amerika Utara. Seorang bekas Profesor di Universiti Colorado di Amerika Syarikat, iaitu Ward Churchill berkata pada tahun 1994, “Populasi kaum Red Indian dianggarkan berjumlah seramai 12 juta orang pada kurun ke 16, telah susut kepada lebih kurang 200,000 orang empat kurun selepas itu” [Ward Churchill di dalam bukunya bertajuk “Indians are US” (Common Courage Press, 1994) http://web.mit.edu/thistle/www/v9/9.11/1columbus.html, pada Januari 2006].

i). Berjuta-juta nyawa penduduk Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang terkorban akibat penjajahan Sepanyol dan Portugis.

ii). Tanah dan nyawa penduduk peribumi Australia dan New Zealand semasa penjajahan British.

iii). Tanah dan nyawa penduduk Afrika Selatan disebabkan oleh penjajahan apartheid oleh British dan Belanda.

iv). Nyawa penduduk Asia dan Afrika semasa penjajahan bangsa Eropah seperti Sepanyol, Belanda, British dan Peranchis selama beratus-ratus tahun.

v). Nyawa dan tanah umat Islam semasa diusir keluar oleh Kristian Katholik di Sepanyol (Andalusia) pada kurun ke 15.

vi). Nyawa beribu-ribu orang kulit hitam Afrika yang diculik oleh bangsa Eropah untuk dibawa ke benua Amerika Utara dan Amerika Selatan untuk dijadikan hamba abdi.

C). Hipokrasi kebebasan bersuara Barat

Beberapa ahli sejarah seperti David Irving dari Britain dan Ernst Zundel dari Jerman pernah dipenjarakan sebab menafikan peristiwa Holocaust atau pembunuhan 6 juta kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua, walaupun mereka dibebaskan selepas beberapa tahun dalam tahanan. Selain itu ada juga seorang ahli sejarah Peranchis yang memeluk Islam iaitu Roger Garaudy yang juga menafikan peristiwa Holocaust tersebut, walaupun beliau tidak dikenakan tindakan undang-undang. Negara-negara lain seperti Belanda, Jerman dan Austria mewajibkan orang-orang yang mahu menjadi warga negara-negara tersebut untuk mempercayai peristiwa Holocaust tanpa persoalan sebelum boleh menerima kerakyatan.

Juga umat Islam dikejutkan oleh penghinaan karikatur Rasulullah (SAW.) oleh akhbar Denmark, yang mengatakan mereka melakukannya di atas kebebasan bersuara, dan susulan daripada peristiwa tersebut, beberapa akhbar lain di beberapa buah negara Eropah telah menyiarkan karikatur tersebut. Kerajaan Denmark tidak mahu mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut untuk menghormati hak kebebasan bersuara yang kononnya menjadi prinsip hidup mereka.

Kemudian muncul pula penghinaan Islam oleh ahli Parlimen Belanda yang bernama Geert Wilders yang menyiarkan filem “Fitna” yang menghina Islam, dan kerajaan Belanda tidak mengambil tindakan terhadap Wilders disebabkan juga oleh alasan menghormati hak kebebasan bersuara.

Susulan daripada kedua peristiwa yang menghina Islam, segolongan penduduk Iran telah menganjuran peraduan menciptakan kartun yang menafikan peristiwa Holocaust untuk menguji sama ada Barat betul-betul menghormati hak dan kebebasan untuk mengadakan peraduan sedemikian, yang dianggap menghina Barat.

Suatu lapuran Associated Press pada 2 Sep 2009, mengatakan bahawa kerajaan Belanda mahu mengenakan tindakan mahkamah ke atas sebuah pertubuhan Arab yang menyiarkan kartun menafikan peristiwa Holocaust.

Di sini terbukti bahawa pegangan hak kebebasan bersuara adalah suatu hipokrasi Barat dan Eropah khususnya. Mereka tidak mahu melakukan siasatan secara serius ke atas peristiwa Holocaust, tetapi serius di dalam menyiarkan karikatur dan filem yang menghina Islam tanpa banyak soal. Mereka tidak serius untuk berbincang dan berdebat dengan umat Islam di negara mereka tetapi serius di dalam melakukan perkara-perkara yang menghina Islam, teapi boleh mempercayai peristiwa Holocaust tanpa soal dan tanpa bukti-bukti yang kukuh. Prinsip sebegini yang dipegang oleh Barat dan khususnya Eropah, sebenarnya telah kembali ke zaman gelap mereka, zaman yang mempercayai kewujudan manusia serigala jadian (werewolf) dan manusia pontianak (vampire) tanpa banyak soal dan tanpa bukti kukuh, mempercayai bahawa matahari mengelilingi bumi, dan bukan sahaja begitu malah menyiksa orang-orang yang dapat membuktikan bahawa bumi mengelilingi matahari, sebab begitulah nasib yang menimpa Galileo lebih kurang lima ratus tahun dahulu di benua Eropah.

Wa Allahu A’lam.
Petikan dari Syabab HT