"Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian..." [Hadis Riwayat Ahmad]

Monday, July 13, 2009

Apa yang berlaku itulah yang terbaik bagimu

Marah yang amat sangat apabila mendapat ATA(amanah tugas akedemik) yang diberikan oleh ketua program aku. 21 jam.....rasanya itu adalah suatu tugas yang amat berat bagiku...kata2 itu tiba2 terucap dalam fikiranku..mula lah rasa tidak puas dan marah yg amat sangat pada rakan2 sejawat apabila melihat ATA mereka sedikit belaka, byklah sumpah seranah yang tertitip dbibirku....astagfirullahaladzhim....aku mengucap kata2 taubat ini ketika memandu balik dari tempat kerja, teringat kata2 hikmah yg sering aku dengar di corong radio IKIM 'apa yang berlaku pada kamu itulah yang terbaik yang Allah beri bagi kamu'......bila difikirkan kembali apa yang berlaku, maka benarlah kata2 itu.....

Secara kebetulan atau tidak aku memang memerlukan pembiayaan untuk pengajian master aku dan isteri aku, ya.... memang benar aku perlu merancang kewangan aku untuk semester depan dan aku perlukan wang yang lebih sedikit utk yuran yang sebenarnya Allah s.w.t telah berikan peruntukan tersebut melalui ATA yang telah dipertanggungjawabkan padaku.

Sebenarnya ATA yang lebih dari 18 jam akan mendapat elaun tambahan sebanyak 100 perjam, maknanya aku mendapat RM300 seminggu ataupun sebulan rm1200 .....Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t kerana meringankan bebanku.... sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menolong hamba2Nya yang sentiasa mencari keredhaanNya dan sabar dalam mendapat pertolonganNya.....yang baik dan buruk itu ada hikmah di sebaliknya maka manusialah yang perlu mencari rahsia disebaliknya....wassalam